widgeo.net
Halaman Utama
Logo GMS
Logo GMS
Pengenalan GMS
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan. Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian. GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan. “Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka, lantas mereka akan memerintah”
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
SUARA GMS Kebobrokan HIMSIS
Sunday, November 15, 2009
Salam Perjuangan dari mahasiswa untuk mahasiswa KUIS. Tanpa disedari tahun 2009 semakin hampir melabuhkan tirainya bagi menandakan kuasa tertinggi perwakilan mahasiswa KUIS sudah tiba ajalnya bersama dengan sumbangan mereka kepada mahasiswa, tidak ketinggalan program tahunan MPM iaitu HIMSIS yang mana ianya perlu diadakan di awal pemerintahan MPM, sebaliknya diadakan di hujung tahun. Namun di sini kita bukan mahu membicarakan mengenai masa yang sesuai untuk diadakan HIMSIS, tetapi mengenai kebobrokan HIMSIS yang dianjurkan baru-baru ini. HIMSIS kali ini nampak sedikit kelainannya, dengan kehadiran pihak pengurusan KUIS, termasuklah individu-individu yang berselindung disebalik “title” ustaznya. Tidak perlulah disebut siapa, sendiri mau ingat la! Tahniah kepada mereka yang menjayakan program ini, serta syabas juga kerana berjaya mengaburi sebahagian mahasiswa yang hanya terima bulat-bulat apa yang dibentangkan pada malam itu. Perlu diingatkan disini, kita bukan lagi budak-budak hingusan yang hanya terima sahaja apa yang diberi. Kita dapat lihat pada malam berkenaan banyak persoalan yang ditimbulkan oleh mahasiswa. Termasuklah isu yuran yang hangat diperkatakan. Namun, amat mengecewakan apabila MPM yang diharap-harapkan dapat menyelesaikan perkara ini, hanya menjadi boneka pihak pentadbiran dalam menjawab semua pertanyaan yang diajukan oleh mahasiswa. Kononnya, isu penurunan yuran yang hangat diperkatakan kini, hanya ternoktah pada malam itu sahaja. Beginikah pemimpin yang kita harapkan dapat memperjuangkan hal kebajikan mahasiswa, hanya berselindung di sebalik pentadbiran KUIS. Jadi tak silaplah jika diandaikan MPM sebagai Majlis Perwakilan Management. Kami tidak menafikan sumbangan-sumbangan yang telah diberikan oleh kepimpinan bagi sesi ini, tetapi mahasiswa mahukan suatu pembaharuan yang akan mencorak masa hadapan. Turut dihangatkan juga pada malam itu dengan berita-berita panas yang tidak diketahui dimana hujung pangkalnya. Antaranya, isu gaji haram dikalangan pensyarah KUIS, pembatalan tawaran praktikal dikalangan pelajar tahun akhir, penarikan kembali biasiswa yang diperolehi dikalangan mahasiswa dan nama KUIS yang sudah tercalar. Namun perlu difikirkan sejauh mana kesahihan isu-isu ini.
Isu Gaji Haram
Boleh dikatakan isu ini sudah menjadi buah mulut setiap warga KUIS yang kononnya ia ditimbulkan oleh Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS). Namun, sejauh mana kesahihan khabar angin ini? Perlu diingatkan kita jangan mudah menuding jari kepada mana-mana pihak tanpa usul periksa tentang sesuatu perkara. Justeru itu, warkah ini bertujuan menjawab kembali segala tohmahan yang dilontarkan kepada pihak GMS. Disini kami di pihak GMS menafikan sekeras-kerasnya terhadap tuduhan tersebut. Begitu mudah kita melemparkan tuduhan kepada pihak lain. Kalau benar la individu-individu yang membuat tuduhan ini pengecut untuk bangkit memperjuangkan hal kebajikan mahasiswa, jangan la menjadi penghasut dengan menyebarkan khabar-khabar angin yang tidak sepatutnya ditimbulkan. Tidak ubah seperti tumbuhan parasit, sudah la menumpang dan tak memberi apa-apa manfaat, kemudian mahu memusnahkan pulak tumbuhan lain. Justeru, GMS mahu menegaskan sekali lagi bahawa kenyataan pensyarah makan gaji haram bukanlah datangnya daripada pihak GMS.
Pembatalan Tempat Praktikal dan Biasiswa
Seterusnya, mengenai pembatalan tempat praktikal dan biasiswa dikalangan penuntut di tahun akhir yang kononnya berlaku selepas demonstrasi pada 6/11/09 (Jumaat) yang lepas. Jika benar dakwaan tersebut dikeluarkan, kemukakan buktinya. Apakah relevannya pihak bank membatalkan praktikal oleh kerana demonstrasi isu yuran yang domestik ini? Sedangkan demonstrasi Palestin pada semester yang lepas tidak ada apa-apa tindakan yang diambil. Apa bezanya? Adakah kerana isu yuran ini melibatkan konspirasi dalaman yang mengganggu gugat individu yang berkepentingan? Ataupun isu ini mungkin akan membongkar rahsia masalah pengagihan kewangan KUIS yang menyebabkan biasiswa dan praktikal dibatalkan serta merta? Fikirlah sejenak. Adakah logik pembatalan perjanjian yang berkontrak dibuat melalui mesin faksimili? Boleh juga dikatakan praktikal ini dibatalkan oleh pihak KUIS sendiri bagi tujuan mengugut dan menakutkan mahasiswa berani yang menuntut hak dan kebajikan mereka. Sekiranya perkara ini terjadi, tindakan undang-undang akan diambil dari unit perundangan GMS sendiri. Kepada mahasiswa yang diancam atau diugut, bolehlah melaporkan ancaman dan ugutan tersebut terus kepada Ketua Unit Perundangan GMS.
Imej KUIS yang Tercalar
Jika kita mahu bincangkan soal imej KUIS yang tercalar, memang diakui ianya benar. Tetapi kita perlu lihat daripada akar umbi bagaimana isu ini mula tercetus. Jika sebelum ini pihak pentadbiran bijak dalam mengatur penyelesaian berkenaan isu penurunan yuran ini, rasanya tidak timbul soal ketidakpuasan hati di kalangan mahasiswa. Tetapi, sebaliknya berlaku apabila pentadbiran memandang enteng terhadap isu ini. Rasanya, sudah berkali-kali isu yang sama dibangkitkan dalam setiap perjumpaan HIMSIS, tetapi isu ini seolah-olah terkubur bersama pengakhiran HIMSIS itu sendiri, tanpa ada pemakluman sejauh mana langkah-langkah yang telah diambil oleh pentadbiran dalam menyelesaikan isu ini. Jadi jangan salahkan mana-mana pihak apabila demonstrasi diadakan kerana sudah berbuih-buih mulut MPM sebelumnya membuat rundingan namun tidak menunjukkan isu ini dapat diselesaikan dengan penurunan yuran itu sendiri. Soal imej KUIS yang sudah tercalar, rasanya pihak pentadbiranlah yang sewajarnya dipersalahkan bukan suara mahasiswa.
Perkembangan Isu Yuran
Sedar tidak sedar, sudah lebih seminggu memorandum “DESAK” dihantar secara beradabnya kepada pihak pentadbiran. Namun tiada sebarang tindakan pun yang diambil berkenaan isu yuran ini. Sedar tidak sedar juga pihak pentadbiran bijak mencatur strategi untuk mengaburi mata mahasiswa. Antaranya menganjurkan HIMSIS. Tahniah kepada MPM kerana berjaya merencana kebajikan mahasiswa tanpa sebarang pelaksanaan. Tidak lupa juga kepada TUAN PRESIDEN MPM yang berjaya mencapap dan menumpang diatas sumbangan MPM sebelum ini tanpa sebarang sumbangan dari beliau sendiri contohnya yuran dikurangkan bagi pointer yang bagus pada zaman pemerintahan MPM sebelum ini. Tidak disangka juga TUAN PRESIDEN sendiri bijak mengatur kata dan helahnya tentang isu wireless seperti dia yang selesaikan. Sedangkan tiada sebarang tindakan pun yang diusahakan dan sekali lagi beliau berjaya mencapapkan diri didalam kejayaan GMS membuat pihak pentadbiran mengambil tindakan terus dalam isu wireless ini. Berbalik kepada ‘management’ yang berusaha mendoktrin mahasiswa untuk melupakan isu yuran ini dan membuat pelbagai propaganda serta fitnah untuk membuatkan mahasiswa membenci GMS yang memperjuangkan isu yuran ini. Setelah mahasiswa kembali kepada tahap pemikiran kelas ke-3 mereka seperti sebelum ini, mudahlah pihak tertentu atau pentadbiran sendiri mengambil kesempatan keatas pelanggan mereka. Banyak ketidaktelusan yang cuba diselidungkan oleh pihak pentadbiran. Ada juga mahasiswa yang teraniaya sedar akan perbuatan mereka ini diugut supaya mereka tidak berani bersuara. GMS memandang serius isu ini dan teguh dengan pendirian yang yuran akan tetap turun!
posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 1:46 AM  
3 Comments:
  • At November 22, 2009 at 6:33 AM, Blogger mimk said…

    saya syorkan..xpayahla gms susah2 nk buat itu ini demi membela nasib mahasiswa sehingga saya rase boleh mengganggu gugat konsentrasi kmu pada maksud utama kmu ke bumi kuis ini sebenarnye..saye yakin semestinya utk menuntut ilmu.saya lihat cara kmu dgn mengatakan individu tertentu sebagai berselindung di sebalik title ustaz adalah satu perkara yg hanya mengundang dosa dn fitnah.saham dosa pasti akan masuk pada penulis atas setiap org yg membaca bkn??skali pown ia btol..ia tetap dikira dosa.jika ape yg dikatekan itu salah..lglah besar dosanya.itu dikira fitnah.mcm mane kmu merasa diri pada pihak yg benar sdgkan pendekatan kmu byk menyalahi kebenaran.kmu seakan-akan membiarkn matlamat menghalalkn cara.dcni saye ada satu cadangan.lbh baik kmu berpindah ke ipta.dsana yurannya mgkn lbh murah kerna punya subsidi kerajaan.sepatutnya seharusnya kmu berfikir dahulu sblm menyambung pengajian d kuis dahulu.ini adalah ipts.dia tdk punya subsidi kerajaan.jgnlah kerna mahu yuran turun.kita tuduh itu org jht.ini org jahat.akulah yg baik..pembela nasib2 mahasiswa kununnya.org lain penakut.x brani bersuara..sedarlah wahai sahabat.kajilah sebetul2nya.dgn matang dn bkn dgn emosional darah muda kamu.beraggresif tak tntu hala..sekadar cadangan...salam

     
  • At November 24, 2009 at 10:53 AM, Blogger Shah Jihad said…

    Saya berpendapat mungkin saudara yang tidak faham akan apa yang dimaksudkan oleh penulis GMS diatas. tidak akan wujud yang halal itu haram atau yang haram itu halal melainkan apabila keduanya haram dan halal itu bercampur maka pengakhirannya ialah haram.Allah tidak akan muliakan seseorang hatta dia itu ustaz sekalipun sekiranya gagal bertindak bagi pihak yang ditinda. saya merasakan saudara tidak patut membangkitkan isu subsidi kerajaan ada atau tidak pada Kuis melainkan penjelasan secara menyeluruh mengapa isu yuran ini dibangkitkan GMS dan kenapa yuran itu dinaikan dengan sekali ganda. saya juga setelah meneliti teks diatas pihak GMS tidak menuduh siapa jahat, melainkan disisi GMS sendiri sudah wujud semangat jihad para pemuda Islam dalam membawa suara mahasiswa tertindas. Mungkin dikalangan mereka yang membenci GMS ini sehinggakan menggelarkan mereka sebagai NGO haram apakah tidak punya hukum disebalik gelaran tersebut?ingin juga saya bertanya saudara apakah disebalik pengkhianatan undi yang diberikan mahasiswa kepada MPM sehingga mereka seolah raja yang harus disujud tidak punya hukum disebalik semua itu? tujuan mahasiswa ke IPT bukan sekadar menuntut ilmu malahan lebih dari itu, adalah golongan ini terbelenggu mindanya seandainya kebolehannya hanya dibuktikan dalam kelas sshaja malahan kalau dilihat hasrat kerajaan adalah untuk melahirkan mahasiswa yang pelbagai kebolehannya bukan yang terbelenggu minda "angguk-anggu geleng-geleng". sekiranya saudara membangkitkan isu matlamat menghalalkan cara saya nasihatkan saudara agar berfikir kembali kenyataan yang saudara keluarkan tersebut. Saya juga menyanggah kenyataan saudara mendesak golongan ini berpindah ke IPTA atas alasan ini merupakan kenyataan kebudak-budakan. sebaiknya kenyataan sebegini tidak susah untuk dijawab hatta dari sudut agama sekalipun malangnya inilah yang diklasifikasikan manusia terbelenggu mindanya mungkin kerana tidak pernah atau kurang memberi perhatian terhadap isu berbangkit atau kurang peka dengan hal sekeliling menyebabkan soalan sebegaini dikeluarkan. anda harus sedar yuran ni sebenarnya dah lama walau dimana pun kita belajar hatta dikuis lagilah kita ni pelanggan dan pelanggan harus mendapat layanan kelas pertama bukan dibebani dengan masalah yang timbul. saya berpendapat suatu ketika kuis harus membuang title Islamnya atas apa yang berlaku. Dalam Islam sendiri menghalalkan kritikan dikemukakan kepada pemimpin atasan apatah lagi kalau ianya dilantik mahasiswa dan dalam islam juga membolehkan orang bawahan menjatuhkan pemimpin atasan yang dilantik melalui undi seandainya pemimpin atasan bersikap kejam kepada orang bawahan. doa mereka yang dizalimi amat makbul disisi Allah dan hanya Allah tahu siapa benar dan siapa salah dan sudah sampai masanya KUIS mengorak langkah apabila pemilihan kepimpinan KUIS akan datang diwujudkan dua pihak Pro-Aspirasi Pentadbiran dan Pro-Mahasiswa

     
  • At November 28, 2009 at 3:07 AM, Blogger Alhafizilyas said…

    saya hanya sekadar mencadangkn.cadangan bknla wajib utk diterima.mgkn betol kowt utk membela org lain(mahasiswa) kita perlu ckp org lain itu jht.hanya berselindung disebalik title ust.mgkn dgn itu kita akan jd pejuang yg sebenar.yg berani.membela nasib org lain.pahala akan dapat bertimbun2 atas usaha kita membela org lain.tiada dosa dlm memburukkan org lain akan masuk dalam akaun akhirat kita.mgkn begitu.saya x pasti.

     

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2005 Gerakan Mahasiswa Sedar Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures