widgeo.net
Halaman Utama
Logo GMS
Logo GMS
Pengenalan GMS
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan. Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian. GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan. “Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka, lantas mereka akan memerintah”
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Demontrasi mengikut Pandangan Islam
Sunday, November 15, 2009
Soalan:

Banyak org berpendapat demontrasi adalah suatu perjuangan yang sia-sia, antara alasannya adalah:
1. Seolah-olah mereka yang berdemo itu dianggap sebagai golongan pemberontak sepertimana yang pernah berlaku di zaman Saidina Uthman.
2. Mereka juga dianggap golongan Khawarij kerana melawan pemerintah Islam.
3. Tidak patuh dan taat kepada pemerintah dan melanggar perintah Allah seperti firman-Nya dalam ayat 59 surah an-Nisa.
4. Sepatutnya menggunakan saluran yang betul dan berbincang dengan pihak pemerintah bagi mencari penyelesaian dan bukannya dengan berdemo.
5. Tindakan berdemo tidak menepati hikmah dalam berdakwah.
Dan banyak lagi.

Jawapan:
Persepsi dan sikap seorang Muslim dalam apa jua bidang dan isu yang dihadapi perlu menurut haluan dan tunjuk ajar al-Quran dan hadis. Pendiriannya perlu diselaraskan dengan ajaran asas dan trend pemikiran umat Islam, yang terdiri daripada para alim ulama yang faqih, ikhlas, berani serta mempunyai integriti. Sebab itu kita perlu merujuk tulisan dan huraian mereka tentang hukum Islam mengenai demonstrasi secara aman dan tunjuk perasaaan pada umumnya; justeru mereka sebagai ilmuan syar’i berfikir mengikut urutan keutamaan atau susunan hujah yang teratur dan berurutan daripada yang maha penting kepada yang penting, kurang penting dan seterusnya.
Apabila hukum sesuatu isu itu jelas berdasarkan dalil al-Quran dan hadis dalam susunan yang betul, maka setiap dalil yang lebih rendah martabatnya daripada al-Quran dan hadis menjadi tidak valid atau tidak berupaya menolak dalil yang lebih tinggi martabatnya dalam susunan logika agama. Lebih-lebih lagi jika alasan yang dianggap sebagai hujah tersebut boleh ditolak dan di tangkis dengan logika kontra.
Amar makruf dan nahi mungkar adalah satu kewajipan agama. Pelaksanaannya dalam konteks kehidupan hari ini mestilah berdasarkan kefahaman peranan agama yang menyeluruh dan lengkap. Apakah yang dimaksudkan dalam pemerintahan Islam yang sebenarnya. Apa kepincangan, kebobrokan, kezaliman, dan penipuan yang sedang berlaku hari ini. Apakah bentuk-bentuk perjuangan yang terbuka dan tindakan yang boleh digarap. Apa urutan keutamaan serta yang lebih penting dan mendesak untuk ditangani dan sebagainya.
Dalam urutan berfikir seperti yang tertera dalam soalan di atas terdapat kesalahan yang jelas dan sifat berfikir secara rancu dan semberono. Hujah pertama adalah hujah akal dengan menyamakan orang yang demontrasi secara aman sebagai bughah atau pemberontak yang sempat membunuh khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman pada suatu masa dahulu. Mendahulukan hujah ini membayangkan kesilapan qias atau tashbih. Pertama, orang yang berdemo secara aman untuk menuntut keadilan dan bukan untuk menimbulkan kekecohan.
Hujah kedua, mengandungi kekaburan persepsi mengenai pemerintahan Islam dan persamaan orang yang berdemonstrasi secara aman dengan pemberontakan puak Khawarij yang keluar dengan pedang dan senjata bagi menggulingkan Saidina Uthman 14 kurun yang silam. Pemerintahan Islam mempunyai ciri asas yang terperinci seperti yang telah dihuraikan oleh para alim ulama. Sudah pasti pemerintahan Islam yang sebenar tidak akan merangkum atau membenarkan pelbagai jenis kezaliman, salah urus, penipuan dan sebagainya.
Hujah ketiga seolah-olah mahu mendangkalkan kefahaman orang ramai mengenai ketaatan kepada pemerintah. Dalam ajaran Islam, terdapat prinsip ketaatan kepada Ulil Amri atau pemerintah Islam dengan ciri-ciri yang telah dihuraikan dengan panjang lebar dalam kitab-kitab khusus yang membicarakan mengenai pemerintahan yang sebenar. Dalam konteks demonstrasi para pemimpin berhujah dan bersandarkan kepada asas dalil dan persepsi yang betul mengenai syariat. Justeru yang ikut bersetuju dan menyertai demonstrasi itu adalah tokoh-tokoh ulama, cendiakawan Islam, kaum bijak pandai dan berbagai-bagai lapisan kepimpinan.
Hujah keempat ialah suatu kesimpulan akli yang berkaitan dengan urutan keutamaan yang dianggap lebih betul oleh orang berkenaan. Hujah ini sudah ditangkis oleh tokoh-tokoh yang berdemonstrasi bahawa mereka sudah banyak kali menyuarakan tuntutan dalam kadar yang sangat mendesak dan ketidakadilan yang sudah dilakukan namun hingga kini tiada sahutan yang sebenarnya daripada pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu, dengan mengadakan demonstrasi dapat mendesak pentadbiran supaya mematuhi tuntutan mahasiswa.
Hujah kelima mengenai demonstrasi bukan cara berhikmah untuk berdakwah. Ini hujah akal yang juga tidak kukuh. Oleh kerana sebelum ini tidak mendapat respon yaang sewajarnya daripada pihak berkenaan, maka sudah tentulah demonstrasi secara aman dengan penampilan aduan dan memorandum khusus kepada rektor suatu yang mat berkesan dan berhikmah sebagai suatu cara daripada pelbagai cara dalam bertindak.
Sementelahan pula hak untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan hasrat dan sikap adalah suatu munasabah. Oleh itu, demonstrasi aman adalah salah satu cara bertindak yang bijak dari sudut dakwah. Dengan demikian rakyat akan tahu dan melihat betapa tidak adil dan zalimnya pentadbiran yang mereka agungkan selama ini. Ini menolong mereka sedar dan mengubah pendirian serta mendorong mereka untuk melihat kebenaran.
Bertolak daripada sanggahan yang ditujukan jelaslah bahawa sikap pihak yang berkenaan sangat lemah dan tidak menurut urutan pemikiran syar’i yang sebenar. Tidak mendudukan persoalan dan kewajipan amar makruf dan nahi mungkar dalam posisi yang sebenarnya dalam menangani kemungkaran. Allah SWT berfirman dalam surah Hud ayat 113 yang bermaksud:
”Janganlah kalian cenderung menyokong orang yang zalim kelak kalian akan dibakar oleh api neraka jahanam...”.
Oleh itu mari kita berfikir berasaskan sandaran dan manhaj syarak dengan mengikut pandangan alim ulama yang muktabar dan jangan berfikir secara sembrono dan tunggang-terbalik tanpa menepati sistem awlawiyat al-syariah.
WallahuA’lam.
posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 1:47 AM  
2 Comments:
  • At November 25, 2009 at 8:59 AM, Blogger Shah Jihad said…

    Dua Kaedah Penting Yg Berkait


    1. Maslahah Mursalah


    Perkara yang kebaikan yg tidak ada zaman Nabi, tidak ada zaman sahabat, diakui oleh syara’, tidak bertentangan dgn syara’.

    Para ulama menggunakan kaedah secara langsung (mazhab Maliki) dan secara tidak langsung (mazahab2 yg lain) seperti yg disebut oleh Imam Qarafi.

    Demonstrasi jalanan termasuk dari termasuk dalam maslahah mursalah.


    2. Lilwasail hukmul maqasid


    Hukum perantara mengikut hukum tujuan. Ia seumpama tv. Ia adalah perkara yang baru. Jika digunakan untuk tujuan kebaikan maka diharuskan atau disunatkan. Jika digunakan untuk tujuan keburukan maka diharamkan.


    Ini termasukalah hukum demonstrasi. Ia bergantung kepada tujuan diadakan demokrasi tersebut.


    Demonstrasi atau tunjuk perasaan dalam sunnah.


    Ketika mana saidina Umar menyatakan keislamannya di ruma al-Arqam bin Abi al-Arqam beliau berkata: “Ya Rasulullah , bukankah kita berada di atas kebenaran samaada kita mati ataupun kita hidup?” Baginda menjawab “Demi tuhan yang mana diriku dalam kuasanya, sesungguhnya kamu berada dalam kebenaran samaada kamu mati atau pun kamu hidup.” Umar membalas “Sebab apa kita perlu bersembunyi. Demi tuhan yg membangkitkan kamu dgn kebenaran kamu mesti keluar di khalayak ramai.” Maka mereka mengeluarkan Nabi berada di dalam dua saf. Hamzah ada pada salah satu saf dan aku dalam satu saf lagi. Debu2 tanah yg halus menyelebungi perjalanan mereka. Mereka berjalan sehingga sampai masjid, aku melihat kaum quraisy dan ke arah hamzah. Orang quraisy ditimpa kesedihan yang mereka tidak pernah mereka alami sebelum itu. Dari pada peristiwa ini Rasul menamakan aku al-Faruq.

    Hendaklah ia bebas dr perkara2 yg dilarang seperti percampuran lelaki perempuan tanpa batasan, merosakkan harta orang lain, meninggalkan kewajipan yang lain dan sebagainya.


    Ini adalah pandangan Dr Yusuf Qardawi dalam laman webnya qaradawi.net.
    Rujukan: Laman web rasmi Dr Yusuf qardawi.

     
  • At November 25, 2009 at 9:00 AM, Blogger Shah Jihad said…

    Demonstrasi Menurut Perspektif Islam

    Pensyariatan Demonstarasi Jalanan / Tunjuk perasaan


    Orang-orang Islam berhak untuk melakukan demonstrasi untuk meluahkan perasaan mereka dan menyatakan tuntutan yang dibenarkan oleh syarak. Ia bertujuan untuk menyampaikan kehendak mereka kepada pemegang tampuk pemerintahan dan pembuat undang2. Dengan mengadakan perhimpunan secara beramai2 ia lebih didengari oleh pihak yg berkuasa daripa suara individu. Semakin ramai yang berhimpun semakin memberi kesan kepada perlaksanaan tuntutan tersebut. Kerja-kerja secara berjemaah lebih berkesan dari kerja-kerja individu. Oleh itu Allah berfirman:


    “Dan hendaklah kamu tolong menolong melakukan kebaikan dan ketakwaan.” (2: al-Maidah)


    Rasulullah saw bersabda:


    المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا وشبك بين أصابعه

    Maksudnya: “Orang-orang beriman seumpama bangunan, saling menguatkan sesame mereka.” Baginda menggenggam diantara jari jemarinya.


    Dalil kepada pensyariatannya adalah sesungguhnya perkara ini adalah termasuk dalam perkara adat dan hal ehwal kehidupan manusia. Asal bagi perkara sebegini adalah harus. Kaedah menyatakan:


    أن الأصل في الأشياء الإباحة

    “Asal hukum bagi sesuatu perkara adalah harus.”


    Ini adalah merangkumi perkara adat dan muamalat sekiranya tidak ada nas yang jelas yg mengharamkannya.


    Dalam hadis ada menyatakan;


    "ما أحل الله في كتابه فهو حلال ، وما حرم فهو حرام ، وما سكت عنه فهو عفو ، فاقبلوا من الله عافيته ، فإن الله لم يكن لينسى شيئا. " وتلا (وما كان ربك نسيا) مريم: 64

    Maksudnya: “ Apa2 yang Allah halalkan dalam Al-Quran adalah halal, apa yang Allah haramkan adalah haram dan apa yang tidak disebut ia adalah kemaafan. Terimalah kemaafan daripada Allah. Sesungguhnya Allah tidak sesekali melupai sesuatu. Baginda membaca ayat “Dan tuhan kamu sesekali tidak lupa.” (Maryam : 64)


    Diantara perkara yang menunjukkan kepada kaedah ini adalah hadis sahih yg diriwayatkan oleh saidina Jabir ra, beliau berkata:


    "كنا نعزل والقرآن ينزل ، فلو كان شيء ينهى عنه لنهى عنه القرآن."

    Maksudnya: “sesungguhnya kami melakukan azal (memancutkan air mani diluar rahim isteri) dalam keadaan wahyu masih diturunkan. Kalaulah ada sesuatu yang dilarang, nescaya Quran akan melarangnya.


    Ini menunjukkan apa2 yang tidak disebut wahyu adalah tidak dilarang.


    Walaupun ia tidak wujud dizaman Nabi tetapi ia bukanlah bidah yg diharamkan. Dizaman selepas kewafatan Nabi saw banyak perkara2 yang baru tetapi ia bukan dianggap dalam bidah yang diharamkan. Contohnya Umar melaksanakan Kalendar hijrah dan mewujudkan penjara untk pesalah. Begitu juga sistem hisbah yg dilaksanakan di zaman selepas kewafatan Nabi saw.


    Mengharamkan perkara ini kerana ia diambil dari orang kafir adalah ditolak. Ini kerana Rasulullah saw mengambil kubu dengan parit besar dari orang farsi. Baginda juga membuat cop kerna mengikut raja2 luar yg tidak menerima urusan rasmi melainkan dgn cop.

     

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2005 Gerakan Mahasiswa Sedar Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures