Surat terbuka Pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) merangkap Presiden PMIUM |
Sunday, November 15, 2009 |
 Assalaamualaikum W.B.T…
Salam ukhwah saya ucapkan buat seluruh mahasiswa & warga Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Semoga kalian terus meraih rahmat Allah dengan usaha & jihad yang tidak putus-putus dalam mendalami ilmu, berpatisipasi dalam aktivisme mahasiswa & mengendong beban dakwah sebagai sebuah entiti mahasiswa Islam. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menggabungkan front-front mahasiswa di seluruh Malaysia seperti Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA), Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) & Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) merakamkan penghargaan di atas tindakan kalian yang berani untuk bersuara dengan kesedaran yang tinggi berpaksikan kepada kesusahan yang kalian alami.
Pada tanggal 6 November yang lalu, kalian telah memaknakan kembali gerakan mahasiswa yang selama ini dipandang sepi. Kalian telah menunjukkan bahawa mahasiswa Islam di KUIS masih lagi mempunyai akal untuk menilai & membuat keputusan perkara yang mana baik & perkara yang mana salah. Dan yang paling utama, kalian masih lagi mempunyai keberanian untuk memperjuangkan yang hak & menolak segala bentuk penindasan, kezaliman yang ditimpakan ke atas kalian oleh individu-individu yang memandang keuntungan dalam mengendalikan institusi Islam ini, jauh melebihi nilai moral & belas kasihan.
Saya cukup yakin, demonstrasi yang telah kalian gerakkan tempoh hari bukanlah suatu bentuk tindakan yang membabi-buta. Pastinya ia telah dimulakan dengan perbincangan-perbincangan yang akhirnya telah menemui jalan buntu di peringkat Gabungan Mahasiswa Sedar (GMS) dalam membela kebajikan seluruh warga mahasiswa di KUIS. Malangnya saya berasa sedih apabila Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS, Sdr. Nasrul Izad Bin Isa dalam suatu kenyataan akhbarnya telah membuat kenyataan bahawa “beliau menegaskan bahawa MPM tidak terbabit dengan tuntutan & penyerahan memorandum itu”. Pada saya, inilah kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab oleh seorang pemimpin mahasiswa yang telah diberikan amanah & tanggungjawab. Maafkan saya teman-teman, dalam hal ini saya terpaksa mengecam tindakan Presiden MPM KUIS tersebut kerana membelakangi prioriti beliau yang sepatutnya dilihat vokal dalam menyuarakan suara & membela hak kalian. Beliau seharusnya malu dengan pengkhianatan amanah yang telah beliau lakukan itu.
Dan saya bertambah sedih apabila ada suara-suara di pihak atasan kalian yang mengugut serta giat melaksanakan roadshow di seluruh kampus untuk memburuk-burukkan GMS & kalian sendiri. Ternyata ianya merupakan suatu tindakan yang zalim & langsung tidak pernah memikirkan soal belas kasihan kepada kalian. Saya pelik, benar-benar pelik. Dalam keadaan kalian yang cukup susah untuk survive dalam usaha menuntut ilmu-ilmu Allah, tergamak lagi mereka meletakkan kesalahan di bahu kalian yang terang-terangan hanya menuntut keadilan & pembelaan sewajarnya dari mereka yang selama ini kalian pandang ibarat ‘ibu & ayah’? Mereka mencaci, menghina, bahkan merendah-rendahkan martabat kalian dengan fitnah yang melampau-lampau hanya semata-mata tindakan benar yang telah kalian lakukan.
Mereka berhujah dengan mengatakan reputasi KUIS telah jatuh dengan tindakan kalian. Bukan, reputasi KUIS tidak pernah jatuh dengan tindakan kalian. Bahkan kalian dipandang tinggi kerana tidak membenarkan diri kalian diperkotak-katikkan oleh mereka. Akan tetapi, reputasi KUIS telah lama jatuh di mata ibu & ayah di kampung-kampung sebaik sahaja mereka tahu yang anak mereka dikenakan yuran yang melampau sehingga membakikan wang perbelanjaan anak-anak mereka hanya RM100 untuk satu semester. Reputasi KUIS telah lama jatuh sebaik masyarakat luar tahu ada kalangan mahasiswa KUIS yang terpaksa tangguh pengajian kerana tidak mampu menanggung yuran yang mencekik itu. Dan reputasi KUIS telah lama jatuh sebaik orang luar tahu ada mahasiswa KUIS yang tidak makan kerana memang benar-benar tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan.
Saya sejujurnya tidak pasti, adakah mereka kecewa kerana tidak berjaya memaksa kalian mendengar cakap mereka? Atau adakah mereka kecewa kerana tidak dapat lagi melihat kalian terus membuat parttime job seperti basuh pinggan di kantin-kantin & mengambil upah mop lantai untuk membersihkan kafe-kafe hanya semata-mata untuk menanggung perbelanjaan pengajian yang setinggi bukit itu? Atau juga adakah mereka kecewa kerana tidak dapat lagi melihat airmata kalian yang mengalir tatkala menahan perut yang lapar di waktu malam ketika mana tidak mampu untuk membeli stok maggi yang kehabisan? Atau mungkinkah mereka berasa kecewa kerana tiada lagi ibu & ayah yang merayu-rayu dari kampung untuk melihat anak mereka kembali belajar selepas terpaksa tangguh semester kerana tidak cukup wang untuk membayar yuran dan lain-lain?
Amatlah malang sebenarnya keadaan ini berlaku di sebuah institusi pengajian Islam yang sewajarnya meletakkan nilai-nilai Islam melebihi kepentingan peribadi & nilai kesenangan duniawi. Dan mahasiswa Islam yang dididik dengan nilai al-adalah yang merupakan kemuncak dalam maqasid syar’iyyah sewajarnya tidak tunduk dengan keangkuhan & kezaliman yang seumpama ini. Di bahu kalian telah terpikul suatu tanggungjawab besar untuk membela hak kalian yang telah dirobek-robek. Percayalah! Keperitan ini tidak akan surut seandainya kalian mengundur kembali ke belakang.
Ayuhlah teman! Kejapkan langkah juangmu untuk melawan arus penindasan ini. Jangan kembali menoleh ke belakang. Kalian telah disedarkan & jangan kembali lelap! Kerana lelapnya kalian dalam perjuangan ini hanya akan menambahkan lagi keangkuhan mereka yang sama sekali tidak pernah merasa belas dengan kalian… Wallahua’lam.
Yang menyokong kalian,
_________________________ SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN Pengerusi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) |
posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 5:46 AM  |
|
3 Comments: |
-
ahli mekah lebih tahu urusan ahli mekah berbanding ahli madinah. asif.
-
-
salam ana cukup bersetuju dengan pandangan saudara shazni.. kita yang di ipta tidak pernah merasai apa yang saudara-saudara kita rasai di sana. Kita menikmati subsidi kerajaan, yurannya juga berpatutan dengan pelbagai kemudahan2 yg xdpt dikecapi oleh rakan2 di ipts, namun kita tidak harus lupa penderitaan rakan2 mahasiswa islam di ipts kerana mereka juga aset-aset yang amat bernilai kepada agama dan negara.
Jikalau tengok pada fakta kes, RM100 utk satu semester memang suatu perkara yang tidak dapat ana bayangkanlah bagaimana mereka berbelanjan dengan duit sebanyak itu. jikalau makan " maggi" sekalipun ia masih belum mencukupi.
Ana tidak fahamla dengan sesetengah dari saudara2 kita seperti yang di atas ni, bermatian menyokong dasar yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran di sana. Entah apa keuntungan yang mereka dapat sehingga ini begitu sekali agresif menyerang sahabat2 GMS dengan menfitnah dengan pelbagai tuduhan.
Pelbagai fitnah dilemparkan, isu pensyarah @staff makan gaji haram , isu penarikan praktikal dsb, isu2 yang dibangkitkn ini menyebabkan pihk GMS dicemuh oleh pensyarah dan juga pelajar-pelajr,sehingga mereka di"bughah"kan oleh ust. Farid Ravi, nauzubillah .kesannya kita melihat ramai penyokong berpaling tadah.
padahal semua fitnah-fitnah yang dibangkitkan itu dinafikan oleh pihak GMS. mereka mmg tidak terlibat dengan isu "gaji haram". mnakala isu praktikal pula GMS telah menyediakn firma guaman utk selsaiknnya dan tiada pun mereka2 mengadu hal ini.
Pada hemat saya kebaculan yang ditonjolkan oleh sesetengah pelajr di sana itu akan menyebabkan kesan yang semakin parah kepada mereka sendiri. Mereka ketawa mendabik dada kerana GMS gagal dalm perjuangannya, tetapi mereka tidak sedar mereka akan menangung kesan daripada tindakan mereka itu.
fikir, fikirkanlah...
wallahuaklam
|
|
<< Home |
|
|
|
ahli mekah lebih tahu urusan ahli mekah berbanding ahli madinah. asif.