widgeo.net
Halaman Utama
Logo GMS
Logo GMS
Pengenalan GMS
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan. Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian. GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan. “Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka, lantas mereka akan memerintah”
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
KENYATAAN MEDIA GMS
Sunday, November 29, 2009
TARIKH: 26 November 2009


Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) tidak menafikan bahawa sebarang kenaikan yuran adalah melalui kelulusan daripada pihak KPT. Persoalan yang kita mohon dipertimbangkan adalah bagaimana pihak KUIS boleh mengcadangkan kenaikan kadar yuran yang terlalu tinggi.
Permohonan kenaikan yuran melalui KPT adalah berkaitan dengan yuran subjek sahaja, tidak termasuk dengan yuran kolej kediaman, fasiliti dan sebagainya.
Saya menyangkal dakwaan Puan Raja Nor Ashikin yang mengatakan bahawa Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Mahasiswa Tuan Haji Mohd Khairi Hussin pernah mengadakan pertemuan bersama aktivis Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) pada 10 November lalu iaitu selepas penyerahan memorandum pada 06 November.
Saya menyangkal dakwaan Puan Raja Nor Ashikin yang mengatakan bahawa Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Mahasiswa Tuan Haji Mohd Khairi Hussin pernah mengadakan pertemuan bersama aktivis Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) pada 10 November lalu iaitu selepas penyerahan memorandum pada 06 November.
Saya menegaskan di sini bahawa tiada sebarang pertemuan antara Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) dan pihak pentadbiran KUIS selepas penyerahan memorandum. Apa yang kami terima adalah sangat mengecewakan. Mereka memberikan tekanan, ancaman dan ugutan terhadap pelajar-pelajar yang mengisi borang kaji selidik dan terlibat secara langsung atau tidak dengan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS).
Kita kesal dengan sikap ketidak professional mereka terhadap isu ini. Kami bukan minta untuk mengiktiraf pertubuhan kami, tetapi kami mohon untuk mendengar suara kami sebagai insan yang bergelar mahasiswa.
Kami juga tidak menafikan pemberian insentif sebagai alternatif untuk reduce yuran bagi pelajar-pelajar yang cemerlang, malah kami di antara pelajar yang menerimanya. Malangnya, perkara ini hanya segelintir dari para pelajar sahaja yang menerimanya. Ada dikalangan pelajar yang masih tidak menerima insentif ini kerana alasan yang diberikan oleh mereka ialah masalah sistem. Kami memperjuangkan hak mahasiswa keseluruhannya, tiada sebarang pengecualian dalam hal ini.
Berdasarkan kenyataan Pegawai KUIS itu juga bahawa KUIS menyediakan borang permohonan kemasukan bersama struktur yuran bagi diploma dan ijazah memang benar tetapi hanya yuran pengajian sahaja yang dikemukakan, bukan yuran keseluruhan seperti yuran kediaman, fasiliti dan sebagainya. Demi pencapaian matlamat Selangor Negeri Bersih, Selamat, Lestari, Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan KUIS perlulah lebih professional menangani isu ini, bukan bersifat egois.


AHMAD SYAFIQ AKMAL BIN AHMAD KAMIL
PRESIDEN Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS)
posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 4:53 AM  
2 Comments:
  • At November 29, 2009 at 5:26 AM, Blogger DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said…

    Nampak sangat saudara memang kaki putar belit..dalam mempertahan kan benag basah anda..kemyataan saudara sentiasa berubah..dari semasa kesemasa.. kali ini saudara tidak menafikan yuran KUIS dalam pengetahuan KPT, dimana bukti saudara kenaikan yuran melalui kpt adalah yuran subjek sahaja, sila kemukakan bukti jangan keluar kenyataan ikut sedap mulut nak melepas diri. Nampak sangat anda pukul rata semua isu, Semua cadangan yuran adalah tertakluk kepada KPT,

    Tgk kenyataan saudara
    "Kami juga tidak menafikan pemberian insentif sebagai alternatif untuk reduce yuran bagi pelajar-pelajar yang cemerlang, malah kami di antara pelajar yang menerimanya. Malangnya, perkara ini hanya segelintir dari para pelajar sahaja yang menerimanya. Ada dikalangan pelajar yang masih tidak menerima insentif ini kerana alasan yang diberikan oleh mereka ialah masalah sistem"

    kalau masih tidak menerima maksudnya akan terima.adakah anda..tertalu ujub sehnggakan jika diberi alasan masalah sistem anda masih tidak menerima. Saudara boleh mendesak agar masalah sistem diselesaikan segera, bukannya...menjadikan nya satu alasan untuk demo...

    Saudara memang seorang yang gopoh dan angkuh, struktur yuran yang disediakan adalah termasuk keseluruhan yuran...anda rujuk kat mana....

    anda sentiasa berdolak dalik....
    pesana saya ikhlaskan diri ande...kalau dah tiada isu yang hendak diperjuangkan berundurlah, seorang manusia yang bersedia mengaku kesilapan adalah lebih baik dari manusia angkuh yang lupa akan keselipan sendiri.

     
  • At December 2, 2009 at 7:04 PM, Blogger Shah Jihad said…

    saya berpendapat apa yang saudara nyatakan dalam komen pertama kurang tepat, sebaliknya saya menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh saudara syafiq akmal. kenyataan mempunyai kebenarannya malahan saya antara yang pernah merasainya malahan terdapat segelintir yang lain tidak menerimanya. kalau mahu diusulkan berkaitan masalah sistem memang nak dibandingkan sistem kuis dengan IPT swasta lain kuis antara yang terkebelakang dan lembab. seandainya dibangkitkan sekalipun permasalahan ini keadaannya tetap sama sedangkan wang yang kuis perolehi hasil yuran pelajar yang berganda ke mana perginya, kemana peruntukan berjuta kuis laburkan, apakah setakat nak tarik pelajar dan kuantiti yang ramai dengan merangka promosi hebat dan selepas itu meragut pinjaman mahasiswa?

    maksud kepada frasa "kalau tak menerima maksudnya akan menerima" boleh diertikan kepada dua sama ada akan menerima atau sama ada tidak menerima terus. sudah banyak aduan yang sampai ketelinga saya bahawa ramai kalangan mahasiswa cemerlang tidak menerimanya, dan salah satu kes terbaru saya pohon pihak GMS menyiasat seandainya benar aduan yang saya terima bahawa seorang pelajar kuis degree yang menerima pinjaman ptptn, yuran yang diberitahu kepada saya 4 ribu ke 5 ribu namun baki yang tinggal kepadanya hanyalah RM 100.

    saya juga kerap mendapat aduan bahawa yuran pelajar adalah tidak sama. contohnya kami pelajar degree mengambil subjek yang sama jam kredit yang sama namun struktur yuran adalah berlainan. mengapa hal ini terjadi. saya pohon penjelasan.

    saya berpendapat disini tindakan saudara komen pertama mendesak pemimpin GMS meletak jawatan merupakan tindakan bacul, pengecut, dangkal dan bebal. pemimpin yang sepatutnya meletak jawatan ialah mereka yang khinat kepada undi mahasiswa dan menjadi balaci keldai hitam kepada pihak tertentu. menjawab bagi pihak jabatan, mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan kepada mahasiswa pada malam HIMSIS tempoh hari, adalah pemimpin kuno lagi tidak matang. malahan pemimpin ini dipertahankan oleh kroninya yang cuba menunjuk hero menjadi pejuang mahasiswa sedangkan menyokong pihak pentadbiran. semasa hayat pemerintahannya apa yang dilakukan?

    ingin saya tegaskan disini berdasarkan responden yang saya terima sokongan mahasiswa Kuis kepada GMS semakin meningkat saban hari, termasuk yang menyokong penuh perjuangan GMS, saya mencabar supaya tidak diambil tindakan kepada pihak ini, beri kebebasan usah gentar dan saya mencabar pihak kuis mengiktiraf kewujudan gms sebagai entiti baru suara mahasiswa sekiranya anda dipihak benar.

     

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2005 Gerakan Mahasiswa Sedar Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures