|
Halaman Utama |
|
Logo GMS |
|
Pengenalan GMS |
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan.
Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian.
GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan.
“Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka,
lantas mereka akan memerintah”
|
Other things |
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
Other things |
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
Other things |
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus. |
|
Risalah undang-undang GMS |
Sunday, November 15, 2009 |
Demonstrasi bukanlah kelakuan mereka yang ketinggalan zaman, berfikiran sempit, tidak matang dan bersifat sia-sia. Sebaliknya, demonstrasi merupakan inisiatif terakhir yang dilakukan oleh mereka yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam memperjuangkan hak mereka. Demonstrasi juga merupakan amalan demokrasi yang telah dipersetujui oleh dunia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) seperti yang termaktub dalam artikel 20 (1), Deklarasi Antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia (Universal Declaration on Human Rights), “Everyone has the right to freedom of peaceful assembly and association”. Dalam Perkara 10 fasal (2) b, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa rakyat Malaysia berhak berhimpun secara aman dengan tidak bersenjata. Jika kita lihat, terdapat banyak himpunan aman mahupun demonstrasi yang pernah berlaku di Malaysia seperti mana yang telah berlaku di beberapa institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta. Semuanya berlaku dengan aman melainkan gangguan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab yang sebenarnya telah mencetuskan huru-hara. Sekiranya pihak pengurusan mahu mengambil tindakan tatatertib kepada pelajar yang terlibat dalam himpunan, apa alasan kukuh mereka untuk mengambil tindakan tersebut? Sedangkan KUIS jelas tidak terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Tambahan pula, Perkara 10,1(a)(b)(c) jelas menunjukkan bahawa Perlembagaan Persekutuan telah memberi kebebasan untuk berhimpun secara aman . Hal ini membuktikan Perkara 7, Peraturan Tatatertib Pelajar-Pelajar KUIS sama sekali telah berlaku ultravirus iaitu melebihi had kuasa dan sangat bercanggah dengan perkara (10) Perlembagaan Persekutuan. Maka secara kesimpulannya, segala apa yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal secara automatik. Tambahan pula, himpunan aman tersebut telah mendapat kebenaran secara lisan daripada Timbalan Rektor kepada wakil GMS. Selain itu, himpunan telah berjaya dijalankan secara aman dan selamat serta berakhir dengan damai setelah penyerahan memorandum ‘Desak’ selesai dilakukan. Oleh itu, mahasiswa sekalian tidak perlu bimbang dengan segala bentuk ugutan mahupun ancaman daripada pihak-pihak tertentu. Untuk makluman semua pihak, himpunan yang dianjurkan oleh pihak Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) bukanlah demonstrasi yang bersifat ganas dan mencetuskan huru-hara. Sebaliknya hanyalah himpunan aman bagi mengumpulkan seluruh suara mahasiswa KUIS bagi menyatakan pendirian mereka dalam mendesak pihak pengurusan menurunkan kadar yuran yang semakin membebankan para pelajar. Himpunan aman yang dianjurkan GMS berlaku setelah diplomasi yang dijalankan tidak menemui jalan penyelesaian. Atas kesedaran ini, pihak GMS mengambil inisiatif terakhir bagi menyedarkan pihak pengurusan akan pentingnya soal kebajikan mahasiswa melalui himpunan aman dan penyerahan memorandum. Pihak GMS memberi jaminan untuk menangani segala permasalahan pelajar berkaitan himpunan aman GMS dengan sebaik mungkin. Segala aduan bolehlah diadukan kepada Unit Perudangan GMS di talian -013-2986339 |
posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 6:11 AM |
|
6 Comments: |
-
salam.. tgk dulu betul2 perlembagaan persekutuan tu sebelum men tafsir je...jangan ambik makna harfiah je...sebarang undang- undang bertulis tak boleh men tafsir je dengan sewenang2 nye...ade 4 prinsip pentafsiran...kalau semberono je, tu yang kalian akan 'sesat' dan akan selamanya mengadakan demo atas tiket perkara 10 tersebut tanpa pentafsiran yang betul dan boleh dipertikaikan...jangan tunjukkan kebodohan yang orang lain akan gelakkan kerana berlagak pandai....
-
insyaallah ana akan tolong fahamkan konteks perlembagaan tersebut disini. penelitian atau maksud diatas bukan secara harifiah malahan sememangnya betul, perlembagaan merupakan undang2 tertinggi negara dan mana-mana undang2 lain yang berlawanan denga perlembagaan tersebut akan terbatal setakat yang berlawanan sahaja. justeru hak berhimpun secara aman, hak bersuara sememangnya sudah dijamin oleh perlembagaan sejak sekian lama. memandangkan Kuis tidak terlibat dengan AUKU maka seandainya GMS ini dibuat diluar kampus maka pihak KUIS tidak berhak untuk mengenakan sebarang tindakan kepada mereka kerana mungkin undang2 kuis hanya terpakai dalam kampus sahaja. apapun isu ini menampakkan yang ianya tidak akan selesai dengan mudah. saya akan bentangkan lagi isu kebebasan berhimpun dan bersuara menurut perlembagaan dan apa dijamin perlembagaan termasuk maksudnya kepada setiap warga malaysia dan pendapat ahli perundangn pakar perlembagaan termasuk kes sekali. insyaallah....
-
-
Dua Kaedah Penting Yg Berkait Dengan Demontrasi
1. Maslahah Mursalah
Perkara yang kebaikan yg tidak ada zaman Nabi, tidak ada zaman sahabat, diakui oleh syara’, tidak bertentangan dgn syara’.
Para ulama menggunakan kaedah secara langsung (mazhab Maliki) dan secara tidak langsung (mazahab2 yg lain) seperti yg disebut oleh Imam Qarafi.
Demonstrasi jalanan termasuk dari termasuk dalam maslahah mursalah.
2. Lilwasail hukmul maqasid
Hukum perantara mengikut hukum tujuan. Ia seumpama tv. Ia adalah perkara yang baru. Jika digunakan untuk tujuan kebaikan maka diharuskan atau disunatkan. Jika digunakan untuk tujuan keburukan maka diharamkan.
Ini termasukalah hukum demonstrasi. Ia bergantung kepada tujuan diadakan demokrasi tersebut.
Demonstrasi atau tunjuk perasaan dalam sunnah.
Ketika mana saidina Umar menyatakan keislamannya di ruma al-Arqam bin Abi al-Arqam beliau berkata: “Ya Rasulullah , bukankah kita berada di atas kebenaran samaada kita mati ataupun kita hidup?” Baginda menjawab “Demi tuhan yang mana diriku dalam kuasanya, sesungguhnya kamu berada dalam kebenaran samaada kamu mati atau pun kamu hidup.” Umar membalas “Sebab apa kita perlu bersembunyi. Demi tuhan yg membangkitkan kamu dgn kebenaran kamu mesti keluar di khalayak ramai.” Maka mereka mengeluarkan Nabi berada di dalam dua saf. Hamzah ada pada salah satu saf dan aku dalam satu saf lagi. Debu2 tanah yg halus menyelebungi perjalanan mereka. Mereka berjalan sehingga sampai masjid, aku melihat kaum quraisy dan ke arah hamzah. Orang quraisy ditimpa kesedihan yang mereka tidak pernah mereka alami sebelum itu. Dari pada peristiwa ini Rasul menamakan aku al-Faruq.
Hendaklah ia bebas dr perkara2 yg dilarang seperti percampuran lelaki perempuan tanpa batasan, merosakkan harta orang lain, meninggalkan kewajipan yang lain dan sebagainya.
Ini adalah pandangan Dr Yusuf Qardawi dalam laman webnya qaradawi.net. Rujukan: Laman web rasmi Dr Yusuf qardawi.
-
Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kebebasan Asasi From Wikisource Jump to: navigation, search
Perkara 5. Kebebasan diri
(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.
(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya.
(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau penahanan mana-mana orang di bawah undang-undang yang sedia ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai dari hari Merdeka:
Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang, selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataan "tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)" telah digantikan dengan perkataan "dalam tempoh empat belas hari":
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai hakim mahkamah Syariah.
-
Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
|
|
<< Home |
|
|
|
|
About Me |
Name: DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Home:
About Me:
See my complete profile
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Powered by |
|
|
salam..
tgk dulu betul2 perlembagaan persekutuan tu sebelum men tafsir je...jangan ambik makna harfiah je...sebarang undang- undang bertulis tak boleh men tafsir je dengan sewenang2 nye...ade 4 prinsip pentafsiran...kalau semberono je, tu yang kalian akan 'sesat' dan akan selamanya mengadakan demo atas tiket perkara 10 tersebut tanpa pentafsiran yang betul dan boleh dipertikaikan...jangan tunjukkan kebodohan yang orang lain akan gelakkan kerana berlagak pandai....