widgeo.net
Halaman Utama
Logo GMS
Logo GMS
Pengenalan GMS
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan. Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian. GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan. “Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka, lantas mereka akan memerintah”
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Pelajar mengadu kos pengajian mahal
Monday, November 23, 2009


Dipetik dari Malaysiakini

Sekumpulan mahasiwa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyerahkan memorandum mendesak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim campur tangan bagi mengurangkan kadar yuran bagi pengajian diploma dan ijazah di kolej tersebut.

Kolej tersebut, yang terletak di Nilai, milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Memorandum itu diserahkan oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) di kolej berkenaan Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil kepada ketua setiausaha sulit menteri besar, Norzatun Aini Mohd Kassim di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam jam 3.30 petang ini.

Ahmad bersama kira-kira 40 pelajar KUIS tiba di bangunan SUK setengah jam lebih awal untuk menyerahkan memorandum itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini selepas penyerahan itu, Ahmad berkata Norzatun Aini berjanji akan akan menyerahkan memorandum itu kepada menteri besar untuk perhatian lanjut.

Menurutnya, sejak 2007, yuran pengajian dinaikkan lebih 100 peratus bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran berbanding tahun sebelumnya.

"Sebagai contoh, pelajar diploma Syariah membayar RM45 untuk satu jam kredit pada 2006. Tetapi ia dinaikkan sebanyak RM95 pada 2007.

"Ini bermakna, pelajar diploma membayar kira-kira RM1,500 semester pada 2006. Selepas kenaikan itu, mereka kena bayar kira-kira RM2,500 pada 2007," katanya.

Menurut Ahmad, rata-rata pelajar pengajian diploma menerima pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM4,000 setiap semester.

Setelah ditolak beberapa pembayaran lagi seperti yuran kediaman, sukan, insurans takaful, seseorang pelajar menikmati baki antara RM400 hingga RM500 setiap semester.

Pelajar peringkat ijazah pula, katanya, terpaksa menanggung beban kenaikan RM105 bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran kepada RM255 pada 2007 berbanding tahun sebelumnya.

Akibat kenaikan itu, tambah Ahmad, ada antara mereka yang terpaksa membayar yuran pengajian kira-kira RM5,000 semester, sedangkan menerima pinjaman kira-kira RM8,000 daripada PTPTN.

"Baki pinjaman itu pula perlu digunakan untuk membiayai perbelanjaan seharian selama empat bulan berikutnya dan ini membebankan pelajar dari keluarga berpendapatan yang rendah," tambahnya.

Abdul Rahim Sabri
Nov 23, 09
6:57pm
posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 8:19 AM  
7 Comments:
  • At November 24, 2009 at 11:02 AM, Blogger Shah Jihad said…

    alhamdulillah tahniah dan sememang inilah yang ana cadangkan sedari awal agar kemelut atau isu yang berlaku dan sudah berpanjangan diselesaikan segera, ana merasakan bahawa desakan atau tindakan untuk mendesak campurtangan MB ini adalah langkah terkahir selepas segala tindakan telah didahulukan. moga segala kemelut yang melanda Kuis termasuk isu yuran dapat diselesaikan dengan pantas dan dalam suasana aman damai dan sekiranya isu ini belum mendapat reaksi atau memang tidak ada reaksi maka ana mencadangkan dipanjangkan isu ini ke kementerian pengajian tinggi.

    SALAM SUARA AGUNG MAHASISWA

     
  • At November 25, 2009 at 6:50 AM, Blogger DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said…

    KOrang ni..heheh..dulu kata lebih RM 100 je ptptn....la ni jadi RM 400 lak..degree sampai 3000,...hahahah korang dak kena...itulah emo sangat...kan dah terkena batang idung sendiri...

     
  • At November 25, 2009 at 8:45 AM, Blogger Shah Jihad said…

    sekarang lebih 3000?saudara check dekat mana?ana rasa saudara kurang teliti kot....

     
  • At November 28, 2009 at 10:40 PM, Blogger Adeeb HAR said…

    Money separates Muslims.. Astaghfirullah, may Allah forgive all Muslims.. why can't we gather, as a Muslim, to discuss instead of protesting each others? why can't we together calmly solve this problem on one table and listening each others instead of making a "protest demonstration"? control your emotion and don't easily get angry, it's an evil minor, if you don't agree with something, try to solve it properly in a good way. because we, as a student, don't have right to protest what this University college has decided, we are not owning this University, we are not who built this University, this University is not belong to us, it's not our property, they have right to decide, because they work for it. do you realize that you are trying to steal one's property? are you own this University? did you invest to build this University? you are studying in this University doesn't mean that this University is yours, does it? do you get what I mean? okay, let's say if someone is trying to do something that you are not agree on your property, is that fair for you? is that "someone" has a right to do anything he wants on your property?. come on, don't be selfish, it's not your own University, it's not belong to you and either to all students.
    Sorry if this may hurt you or makes you angry, I just want to let you know your own right as a muslims.

     
  • At November 28, 2009 at 11:13 PM, Blogger Adeeb HAR said…

    sorry again, if this may hurt you or bother you, I am so upset to see what's going on in this University College, It's an International Islamic University college, thus, students shouldn't have to perform a "protest demonstration" to show their disagree-feelings, It may rise more problem than solving a problem, can't you realize that? don't you believe what Allah has decided to you from your"Rizq"? if, for example, the tuition fees is gonna be discounted a half sum, are you sure that Allah will sufficient your expenses? if we really wanna come sincerely to study, we will sacrifice everything just to get a knowledge, will we?..

    so, act like a Muslims, don't separate each others just because of money and this fake "dunya". Im here not to support any party, Im here not to defend on one's side, Im here just because to remind each others as Muslim. Assalamualaykum..

     
  • At November 29, 2009 at 3:08 AM, Blogger DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said…

    wahai shah jihan ,atematik asas pun ko tak reti ke...

    bacalah betui...

    "Pelajar peringkat ijazah pula, katanya, terpaksa menanggung beban kenaikan RM105 bagi setiap jam kredit sesuatu mata pelajaran kepada RM255 pada 2007 berbanding tahun sebelumnya.

    Akibat kenaikan itu, tambah Ahmad, ada antara mereka yang terpaksa membayar yuran pengajian kira-kira RM5,000 semester, sedangkan menerima pinjaman kira-kira RM8,000 daripada PTPTN."


    Ptptn 8000 - Yuran 5000 = lebihan ptptn 3000,

    reti ke tak ni...

     
  • At November 29, 2009 at 3:09 AM, Blogger DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA said…

    tu GMS yang kata bkn aku kata...ko baclah berita biar habis

     

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2005 Gerakan Mahasiswa Sedar Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures