widgeo.net
Halaman Utama
Logo GMS
Logo GMS
Pengenalan GMS
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan. Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian. GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan. “Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka, lantas mereka akan memerintah”
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
2009 dan jatuh bangun gerakan mahasiswa Malaysia
Friday, December 11, 2009
aizatb
dipetik dari Mahasiswakini
Oleh: Mohd Aizat Salleh*

Sewajarnya, untuk membandingkan aktivisme gerakan mahasiswa dahulu, dengan gerakan mahasiswa hari ini adalah amat tidak releven. Seumpama meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya.

Mahasiswa dahulu diambil kira kehebatannya melalui gerakan-gerakan demonstrasi dan siri-siri desakan yang kebanyakannya menuju kepada pihak pemerintah. Sebagai contoh dalam tahun 1974, mahasiswa menggerakkan demonstrasi 5,000 rakyat di Kelab Sultan Selangor mendesak kerajaan mengambil tindakan segera terhadap masalah kemiskinan di Baling.

Lebih dari itu pada tahun yang sama di Universiti Malaya, mahasiswa yang diketuai presiden PMUM Kamaruzzaman Yaakub, membina sejarah apabila mengambil alih pentadbiran UM hanya kerana isu kenaikan harga makanan.

Nampak ketika itu, mahasiswa begitu konsisten bersifat radikal dan desakan dan ia diterima sebagai satu perjuangan di mata rakyat.

2009 dan gerakan mahasiswa

mpmum

Tempoh setahun pasca Pilihan Raya Umum ke-12, membuka dimensi baru gerakan mahasiswa dalam membentuk landskap negara Malaysia. Terkesan dengan angin perubahan yang melanda rakyat, lalu memberi impak kepada kemenangan kumpulan Pro Mahasiswa di kampus Universiti Malaya setelah hampir enam tahun dikuasai kumpulan Pro Kerajaan.

Bermula kemenangan itu, mahasiswa mula membuka satu lapangan baru dalam mendepani isu-isu serta mencorak gerakan. Barisan Bertindak Mahasiswa Nasional (BBMN) telah diwajahkan kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN). Perjuangan bercorak negosiasi profesional membawa MPMN menjuarai isu-isu sosial nasional negara.

Permulaan gerakan, transformasi Malaysia

Kegagalan kerajaan Malaysia yang dipimpin Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak menangani kebajikan rakyat, kemelesetan ekonomi, serta hubungan kaum dan agama, membawa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) membentuk satu ‘Deklarasi Mahasiswa’ demi menyelamatkan generasi dan Malaysia.

Satu kongres telah diadakan di Shah Alam yang dihadiri front-front mahasiswa seluruh Malaysia bagi membincangkan domain-domain penting ke arah pembentukan negara Malaysia yang lebih baik. Antaranya aspek hubungan kaum, kedudukan agama, perlembagaan dan demokrasi, undang-undang, pendidikan, pembangunan ekonomi dan hak-hak asasi rakyat Malaysia.

Perjuangan rakyat antarabangsa

Pertengahan bulan Julai, mahasiswa sekali lagi turun di jalanan apabila membantah perlakuan kejam pembunuhan beramai-ramai di masjid wilayah Selatan Thailand. Hampir 1000 mahasiswa berarak bermula dari Masjid As-Syakirin ke kedutaan Thailand dan diakhiri dengan penyerahan memorandum bantahan.

Beberapa rakan-rakan aktivis yang ditahan atas provokasi polis namun dilepaskan selepas 6 jam dalam tahanan.

Mahasiswa membela rakyat

Mahasiswa sentiasa menjadi urat nadi kepada kesengsaraan rakyat yang ditindas dan dizalimi. Seringkali suara-suara rakyat digemakan mahasiswa melalui perjuangan pembelaan kelompok kecil dan marhaen.

Isu kudeta negeri Perak pada bulan Februari menjadi perhatian mahasiswa apabila GAMIS dan SMM bertindak memobilasi mahasiswa dalam perhimpunan rakyat Perak di Masjud Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak.

Dalam masa yang sama di Istana Negara, kumpulan-kumpulan mahasiswa yang prihatin dan simpati dengan perjuangan rakyat Perak telah menghantar satu memorandum bantahan kudeta kepada Yang Dipertuan Agung. Di dalam tuntutan tersebut, mahasiswa mendesak agar dibubarkan segera DUN Perak bagi memberi mandat kepada rakyat Perak memilih pemimpin.

Selain daripada itu, isu kekurangan bekalan air kepada masyarakat Labuan pada awal Disember, telah sekali lagi mendesak mahasiswa yang dianggotai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) dan MPMN bertemu dengan Perdana Menteri di Putrajaya bagi membincangkan penyelesaiannya. Pihak kerajaan akhirnya bersetuju menimbangkan tuntutan mahasiswa di dalam isu tersebut.

Membela hak mahasiswa

Disamping menjadi suara penghubung antara rakyat kepada pemerintah, gerakan mahasiswa turut tidak terlepas dalam memperjuangkan isu yang menimpa hak-hak mahasiswa.

Umpamanya di dalam isu kenaikan harga yuran yang terlampau tinggi dan membebankan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), telah mendesak tertubuhnya gerakan mahasiswa sedar (GMS) yang menuntut agar pentadbiran KUIS mengkaji dan menurunkan yuran segera. Perjuangan ini mendapat perhatian Menteri Besar Selangor dan akhirnya membuat keputusan memberikan peruntukan kebajikan khas kepada mahasiswa.

Desakan demi desakan keatas undang-undang yang cuba menyekat aktivisme serta membunuh idealisme mahasiswa terus giat dilakukan. Apabila kerajaan bersetuju untuk menggunakan sistem E-Undi di dalam pilihan raya kampus (PRK) , mahasiswa seluruh universiti bangkit dan menubuhkan satu gerakan yang dinamakan Gabungan Mahasiswa Membantah E-Voting (BANTAH), dengan bermatlamat menyekat berlakunya pencabulan demokrasi kampus melalui sistem ini.

Dan pada bulan November, gerakan ini berjaya menyerahkan memorandum bantahan dan tuntutan mahasiswa kepada menteri dan timbalan menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), setelah satu himpunan bantahan E-Voting dilancarkan di UPM.

2009 dan gelombang baru mahasiswa

Tahun 2009 menyaksikan satu gelombang bentuk baru kepada gerakan mahasiswa telah terjadi. Seakan mahu mengembalikan kegemilangan gerakan mahasiswa era 80-an namun dalam dimensi baru yang lebih terkehadapan.

Status check and balance kepada kerajaan pemerintah, mahupun mana-mana pihak masih lagi menjadi prinsip utama gerakan mahasiswa yang tegar untuk digugah walau zaman demi zaman telah berlalu. Mahasiswa akan kekal menjadi kelompok watch dog, menyuarakan pandangan tanpa dikongkong, menjadi benteng pertama rakyat dan bersedia menggantikan kepimpinan seandainya ia memerlukan.

Apa yang pasti, sekatan dan tekanan kepada mahasiswa pasti akan berlangsung tanpa henti. Namun, ini sekali-kali bukan menjadi tunggul yang menghalang dari gerakan itu mati atau rebah sekalipun semua pemimpinnya dibunuh.

Benar seperti ungkapan seorang tokoh aktivis mahasiswa, “Kerajaan atau mana-mana pihak boleh memenjarakan mahasiswa, namun mereka tidak boleh menghalang kebangkitan mahasiswa!”.

————

*Aizat Salleh ialah exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan suka mengajak rakan aktivis kepada revolusi pemikiran vis-à-vis ‘Liberal Syariatik’. Malah dengan secawan kopi, beliau mudah berkongsi idea dan pandangan. Kini beliau menerajui Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (BANTAH)
posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 3:20 PM  
1 Comments:
  • At December 12, 2009 at 7:00 PM, Blogger Shah Jihad said…

    sepatutnya sikap dan tindakan sebegini seharusnya wujud dalam fikrah setiap gerakan mahasiswa bukan menjadi mahasiswa penakut, menurut kehendak pihak pentadbir, lalu gentar sehingga mengkhianati undi dan kepercayaan mahasiswa. paling mengecewakan sikap tidak malu kepimpinan mahasiswa MPM Kuis yang sehingga sekarang tidak ada sebarang permohonan maaf kepada pihak mahasiswa kuis dan masih melangkah gagah saudara Nasrul Izad sebagai pemimpin balaci turun mengiringi dan menghadiri majlis penutup legal week kuis tempoh hari.

    gerakan mahasiswa yang muncul pada hari ini dan diwaktu sekarang merupakan kesinambungan perjuangan mahasiswa terdahulu. asas penubuhannya sudah tentu berkar dari masalah dalaman sesebuah institusi itu sendiri sehinggala walau sekecil manapun masalah yang timbul sekiranya ianya melibatkan mahasiswa sehingga tidak ada kepedulian majlis perwakilan pelajar atas lemahnya perjuangan mereka, atas penakutnya mereka, atas sikap ampunya mereka menyebabkan hak dan kebajikan mahasiswa itu sendiri diinjakkan bagai tidak punya kepedulian oleh pihak atasan. lalu timbul satu inisiatif dikalangan pejuangan tulen gerakan yang mahu mengangkat setinginya hak mahasiswa bangun menyatakan pendirian dengan methode tersendiri mengembalikan hak mahasiswa yang tidak diberi perhatian.

    lalu pilihan raya kampus yang pasca pilihan raya umum ke-12 menunjukkan kebangkitan hebat pejuang mahasiswa sehingga pro- Mahahsiswa membuktikan kemenangan bergaya dalam sebegitu banyaknya pilihan raya kampus dan paling ketara pro-Aspirasi yang selama ini mencengkam urus tadbir mahasiswa UM akhirnya lebur dengan kemenangan pro-Mahasiswa. betapa memperlihatkan bahawa daya pemikiran dan daya politik dikalangan mahasiswa menunjukkan perubahan hebat dan akhirnya menjurus kepada kesedaran akan peri pentingnya hak mahasiswa itu diperjuangkan.

    petunjuk awal bagaimana peranan yang di mainkan oleh Anwar Ibrahim pada zaman beliau memimpin gerakan mahasiswa sehingga ke satu malaya dalam memperjuangkan bukan sahaja masyarakat kampus namun menjalar kesetiap isu termasuklah isu kemasyarakatan sehinggakan kerajaan melihat bahawa wujudnya satu pihak yang dekat dengan masyarakat dan mampu mempengaruhi kehidupan masyarakat sehinggakan rakyat lebih senang mengadu masalah mereka kepada gerakan mahasiswa ketika itu dan kerajaan tertekan sehingga lah AUKU diperkenalkan.

    justeru dalam zaman sebar maju sekarang ini peranan lebih hebat harus digerakkan oleh gerakan mahasiswa jangan hanya tertakluk kepada sesuatu isu kampus semata namun memperjuangkan isu rakyat, menjadi jaguh rakyat dalam mengubah minda mereka agar menimbulkan kesedaran dalam memperjuangkan hak mereka dibumi malaysia ini. banyak isu rakyat yang dilihat sepi oleh ADUN yang dilantik dan peranan gerakan pro-Mahasiswa adalah sebagai check and balance kepada pihak tersebut agar jangan leka memperjuangkan hak rakyat, malahan isu negara yang semakin panas sekarang juga harus dimainkan oleh setipa gerakan mahasiswa kerana pemimpin yang baik akan menjamin kestabilan negara....

    kesimpulannya kemunculan gerakan mahasiswa tidak harus dipandang enteng oleh pihak yang tidak senang dengan kewujudan mereka, memandangkan kewujudan merekan adalah bertitik tolak dari rasa prihatin mereka dalam melihat sesuatu isu lalu memperjuangkannya sehingga setinggi yang boleh.hapuskan AUKU.

    Iskandar Shah
    10:58 am
    Suara Agung Mahasisiwa (KUIS)

     

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2005 Gerakan Mahasiswa Sedar Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures