widgeo.net
Halaman Utama
Logo GMS
Logo GMS
Pengenalan GMS
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan. Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian. GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan. “Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka, lantas mereka akan memerintah”
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
GMS gesa wakil rakyat serius selesai masalah air Labuan
Thursday, December 10, 2009
Bangi 10 Disember 09:37 a.m │ Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) menggesa wakil rakyat YB Hj Yusoff Bin Mahal (foto) memberi perhatian serius kepada isu air yang melanda wilayah persekutuan tersebut.

“GMS juga ingin menggesa wakil rakyat Labuan YB Hj Yusoff Bin Mahal untuk memberi perhatian yang serius berhubung isu ini.

Bertepatan dengan konsep 1 Malaysia yang menjadi tema kepimpinan Perdana Menteri, GMS berharap wakil rakyat labuan dapat turun padang untuk mendengar rintihan seterusnya memberi penjelasan yang memuaskan kepada masyarakat labuan.

Biarpun isu air labuan merupakan permasalahan yang rumit, namun tindakan berdiam diri tanpa penjelasan yang memuaskan kepada rakyat hanya akan mengundang rasa tidak puas hati yang berterusan,” ujar Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil selaku pengerusi GMS dalam kenyataan media gerakan berkenaan semalam.

GMS

GMS yang berpusat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) semalam bersama-sama melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyerahkan memorandum kepada perdana menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkenaan isu air berkenaan.

Wilayah Persekutuan Labuan dilaporkan menghadapi masalah bekalan air yang serius sehingga bekalan air terpaksa dicatu disamping menghadapi masalah paip berkarat dan kualiti air yang kurang bersih.

Keadaan berkenaan didakwa bukan sahaja menyusahkan mahasiswa penuntut universiti sekitar Labuan, tetapi juga menghimpit sebahagian penduduk Labuan kerana tidak cukup sumber asasi kehidupan.

Terdahulu, GMS memndaapt perhatian media dengan bantahan terhadap yuran kolej universiti berkenaan yang didakwa “mencekik darah” dan “tidak munasabah”.

Pentadbiran tertinggi kolej universiti juga kurang prihatin dengan masalah tersebut disamping Majlis Perwakilan Pelajar yang “kurang berfungsi”.

Namun, gerakan tersebut telah membuat beberapa pertemuan dan inisiatif dalam menyelesaikan masalah kebajikan berkenaan termasuk bertemu Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

“Bukan sahaja di KUIS, tapi kami juga cakna pada kampus lain dalam isu kebajikan mahasiswa,”tambah seorang wakil GMS.
posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 9:57 AM  
4 Comments:
  • At December 10, 2009 at 5:20 PM, Blogger gms said…

    MB dah Confirm yuran takkan turun….puak GMS..boleh start isi borang merah

    jambu kat JPA…

    dengar kata IPTA khas untuk GMS akan di buka , kemasukan minimum cuma 3

    kredit…(nak wat camno..tak layak masuk IPTA sebab SPM cukup2 mkn je )

    Dengar kata jugak yuran tak yah bayar sebab.. belajar berlantaikan bumi

    berbumbungkan langit (mesra alam)…

    Asrama jugak tak yah bayar sebab pelajar boleh bwk khemah sendiri..minum

    air tasik…

    Suabas GMS anda telah berjaya.dalam perjuangan anda..

     
  • At December 10, 2009 at 5:21 PM, Blogger gms said…

    silahlah ke blog GMS yang sebenar sahabat2 sekelian

    http://gmskuis-official.blogspot.com/

     
  • At December 10, 2009 at 8:04 PM, Blogger Shah Jihad said…

    Insyaallah allah tu maha adil dalam menilai setiap tindakan hambanya atas niat apa sesuatu kumpulan itu berjuang. mereka yang ikhlas berjuang ialah mereka yang tidak gentar untuk dicaci, dimaki, mahupun diherdik. kenyataan terbuka gms said agak melucukan. setidak nya golongan gms sudah berusaha sedaya termampu dan setidaknya suara dan permasalahan mahasiswa kuis sedikit diangkat setidaknya tidak tunduk menjadi balaci pentadbiran...lebih memalukan Islam digunakan demi menunjukkan bahawa institusi ini begitu islamik namun dalam masa sama bertindak menindas golongan lemah. ternyatalah kenyataan yang dibuat oleh timbalan rektor bahagian korporat bahawa kuis memerlukan dana yang banyak untuk terus hidup dan berdaya saing justeru demi menghalalkan seluruhnya pinjaman mahasiswa menjadi mangsa belasahan. justeru kenyataan terbuka saya kepada kuis, seandainya kuis begitu susah untuk hidup mengapa begitu sibuk untuk menjuarai diperingkat IPT dan kenapa tidak bertindak sekadar termampu?kenapa. bimbang mahasiswa tidak memberi sambutan maka IPT islam selangor ini akan gulung tikar lalu bagaimana nasib beratus pekerja dan pensyarah kuis...nasihat saya usah menamakan Islam sekiranya tindakan umpama penzalim. saya mencadangkan agar kuis kembali kepada Kisdar, usah bertungkus lumus untuk mendapatkan taraf universiti sekiranya isu yuran mahasiswa dan begitu banyak masalah mahasiswa lain tidak mampu diselesaikan secara kolektif dan bijaksana.

    perkara kedua ingin saya jelaskan disini ialah mengapa timbul rungutan dikalangan pihak yang berurusan dengan kuis. isu ini mungkin diselindungkan namun ianya tidak lama untuk mudah disepikan begitu sahaja. tutup didalam pasti akan terbuka diluar.Apakah kuis akan sedia menjelaskan segala permasalahan yang timbul ini kepada umum. sikap segelintir pentadbir kolej yang dianggap kurang profesional mungkin akan telahan awal yang dapat saya gambarkan kepada cetusan masalah ini. selain sikap segelintir pentadbir kolej yang memang berniat untuk bermusuh dengan mahasiswa sendiri apatah lagi pihak yang sememangnya tidak bersetuju dengan dasar dibuat pentadbir sehingga mencetuskan polemik demonstrasi ketidakpuasan hati mahasiswa...

    kesimpulannya kenyataan saudara gms said adalah kenyataan paling bodoh diucapkan oleh seseorang yang pastinya dan saya yakin dari kuis.....

     
  • At December 11, 2009 at 2:00 AM, OpenID matkutuk said…

    Teruskan perjuangan.
    Jangan terlalu menumpukan isu di KUIS.
    Biar MPM,GKM,dan pensyarah2 yang berPHD belaka selesaikan.
    Kita tumpukan isu nasional dan global pula.
    Biarkan.
    Biarkan mereka yang rela dicucuk hidung.
    Biarkan.
    Biarkan mereka yang selesa diulit mimpi.

     

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2005 Gerakan Mahasiswa Sedar Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures