widgeo.net
Halaman Utama
Logo GMS
Logo GMS
Pengenalan GMS
Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah rahmat-Nya yang sentiasa menaungi umat manusia. Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) merupakan organisasi mahasiswa yang akan bertindak secara vokal dalam menyuarakan tuntutan hak asasi dan keadilan untuk mahasiswa sejagat. Namun begitu suka untuk diperjelaskan bahawa eksistensi GMS adalah bermatlamatkan perjuangan untuk menurunkan harga yuran KUIS yang membebankan. Oleh itu perkara ini menjawab persoalan ramai pihak yang mempertikai kehadiran GMS sebagai organisasi yang tidak bermatlamat dan berperancangan. Susun atur gerak kerja GMS telah menelan beberapa ‘purnama’ sehinggalah menghampiri kemuncak pada jumaat yang lalu. Walaupun begitu himpunan aman tersebut bukanlah titik penyudah bagi perjuangan GMS yang akan terus berpencak sehinggalah matlamat harga yuran diturunkan tercapai. Kewujudan GMS adalah berdasarkan kesedaran yang memuncak untuk membela sahabat mahasiswa yang sedang dihimpit tekanan akibat kekangan harga yuran yang tinggi. Adalah diluar kemampuan GMS yang juga manusia biasa untuk hanya berpeluk tubuh melihat penderitaan saudara se-kampus menahan lapar sehingga memudaratkan diri dan pengajian. GMS bangkit dengan minda optimistik untuk merobah penderitaan kepada pembelaan. Walaupun banyak pandangan yang bersifat kontra dengan cara perjuangan GMS, namun kehadiran ribuan mahasiswa dalam himpunan memorandum yang lalu amat bermakna dalam memberi suntikan semangat kepada GMS untuk meneruskan momentum perubahan. Selaras dengan slogan Dari Mahasiswa Untuk Mahasiswa, GMS akan terus menggerakkan kuasa mahasiswa dalam menuntut pembelaan sehinggalah harga yuran diturunkan. “Jika rakyat sedar kuasa yang dimiliki mereka, lantas mereka akan memerintah”
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
Other things
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Duis ligula lorem, consequat eget, tristique nec, auctor quis, purus. Vivamus ut sem. Fusce aliquam nunc vitae purus.
MEMO KHAS GMS
Thursday, December 3, 2009
PENCAPAIAN TERKINI HASIL DARIPADA PERJUANGAN MAHASISWA KUIS

Melalui mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang telah diadakan pada 26 November yang lalu, Kerajaan Negeri Selangor melalui arahan YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim telah menetapkan keputusan berikut:

1. PIHAK KERAJAAN NEGERI TELAH MENGARAHKAN AGAR PIHAK PENGURUSAN KUIS MELAKSANAKAN KAJIAN SEMULA TERHADAP STRUKTUR YURAN KUIS DAN PERLU DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT KERAJAAN NEGERI YANG AKAN DATANG.
Hal ini akan menyebabkan segala pertikaian mengenai struktur yuran KUIS khususnya bahagian yuran pengajian dan penginapan (B.O.T) berkemungkinan besar dapat diselesaikan.

2. YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM TELAH MENYATAKAN BAHAWA KERAJAAN NEGERI SELANGOR TELAH BERSETUJU UNTUK MENYALURKAN BANTUAN KEWANGAN SEBANYAK RM 5 JUTA SETIAP TAHUN KHUSUS UNTUK MENAMPUNG BEBAN KEWANGAN MAHASISWA KUIS.
Peruntukan ini sekiranya disalurkan sebagai suntikan dalam struktur yuran KUIS, setiap pelajar KUIS boleh menikmati potongan yuran sebanyak RM 300 seorang untuk setiap semester. Hal ini bermakna kurangan yuran sebanyak 8.5 peratus boleh diberikan kepada mahasiswa Diploma dan 5 peratus untuk mahasiswa ijazah.
Maklumat tambahan : Turut dipanggil dalam mesyuarat MTES ialah pihak pengurusan tertinggi KUIS

BERIKUT ADALAH FASA TERAKHIR GERAKAN GMS YANG AKAN DILAKSANAKAN DALAM MASA TERDEKAT.


1. MAJLIS SERAHAN BANTUAN KEPADA MAHASISWA KUIS YANG KURANG BERKEMAMPUAN.
Bantuan ini akan disalurkan kepada mahasiswa berdasarkan hasil kajian dan seliaan yang telah dilakukan oleh pihak GMS sebelum ini.

2. PERTEMUAN KALI KEDUA DENGAN YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID IBRAHIM, MENTERI BESAR SELANGOR.
Pertemuan kali ini memfokuskan mengenai respon terkini Kerajaan Negeri Selangor setelah menerima serahan memorandum mahasiswa KUIS .


BERIKUT ADALAH TINDAKAN TERKINI YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH GERAKAN MAHASISWA SEDAR


ISNIN, 23 NOVEMBER 2009.PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA YAB TAN SRI DATO’ ABDUL KHALID BIN IBRAHIM DI PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI.
Walaubagaimanapun, memorandum tersebut telah diterima oleh wakil Dato’ MB memandangkan beliau mempunyai urusan luar.

KHAMIS, 26 NOVEMBER 2009. EMPAT ORANG WAKIL GERAKAN MAHASISWA SEDAR TELAH DIPANGGIL KE PARLIMEN UNTUK BERTEMU DENGAN YB ZURAIDA KAMARUDDIN, AHLI PARLIMEN AMPANG.
Dalam pertemuan tersebut, YB Zuraida menyatakan kesudiannya untuk membantu menyelesaikan kemelut yuran KUIS atas kapasiti seorang ahli parlimen.
posted by DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA @ 3:08 PM  
2 Comments:
  • At December 4, 2009 at 11:10 PM, Blogger Shah Jihad said…

    Tahniah dan terbukti sudah peranan hebat yang telah dimainkan oleh Gerakan Mahasiswa Sedar GMS kewujudannya penuh rintangan dan ranjau demi menyuarkan hak mahasiswa yang selama ini tanpa disedari diperkotak katikkan pihak berkepentingan. apatah pihak yang selama ini diberi kepercayaan demi membela nasib mahasiswa kuis bersembunyi disebalik keldai hitam dan berusaha untuk mengkhianati kepercayaan mahasiswa kuis untuk mendapatkan keprcayaan. Buat GMS anda telah menunjukkan kepada mahasiswa sesuatu yang baru suasana yang baru perjuangan yang baru dan inilah yang disebut dalam khutbah Jumaat yang disampaikan olehYB Dato Dr Hasan Ali semasa merasmikan bulan Jihad di Kuis sebagai suatu semangat Jihad dan mahasiswa Kuis seharusnya membuka minda mereka dalam menilai sesautu keadaan terutama dalam melibatkan hak dan kepentingan mereka.

    kedua, saya ingin bertanya seandainya bantuan tersebut diberikan demi untuk kebaikan mahasiswa kuis apakah jaminan yang pihak Kuis mampu berikan kepada mahasiswa dibimbangan wang itu sekiran ya sampai kepada pihak kuis apakah tidak berlaku manipulasi sebagaimana yang berlaku terhadap yuran mahasiswa? saya pohon penjelasan pihak GMS selaku suarau baru gerakan mahasiswa Kuis...

    apakapun tahniah dari saya dan sokongan penuh ke atas perjuangan kalian

    Iskandar Shah
    Suara Agung Mahasiswa Kuis
    Degree Syariah With Jurisprudence

     
  • At December 30, 2009 at 6:08 AM, Blogger MUJAHID MUDA said…

    tahniah.. perjuangan antum sememangnya tidak sia2.. truskan perjuangan.

     

Post a Comment

<< Home
 
About Me

Name: DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA
Home:
About Me:
See my complete profile
Previous Post
Archives
Powered by

BLOGGER

© 2005 Gerakan Mahasiswa Sedar Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Car Pictures